Kewujudan website qatrunnada dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

E-Wallet

Definisi


Elektronik Wallet (e-wallet): ialah komponen perisian yang dimuat turun oleh pengguna ke PC mereka di mana pengguna menyimpan nombor kad kredit dan maklumat peribadi lain. Maka pembeli tidak perlu memasukkan maklumat untuk setiap pembelian atas talian yang mereka lakukan.
Ia merupakan satu cara mengelak masalah mengisi maklumat tentang pembelian berulangkali dan menghapuskan keperluan menyimpan maklumat di server pedagang (penjual) seperti yang berlaku dalam cara pembayaran menggunakan kad kredit.
Yahoo! mempunyai bilangan pedagang teramai iaitu seramai 10,000. Lain-lain syarikat yang menawarkan kemudahan e-wallet ialah Visa, MasterCard, AOL dan Microsoft.



Fungsi bagi elemen tersebut

• Cara untuk mengakses kepada e-wallet amatlah mudah.kad kredit atau kad ATM dan
   mendaftarkannya dilaman web yang terbabit. Segala maklumat peribadi akan direkodkan di dalam
   bank data peribadi pengguna
• Apabila ingin membuat pembayaran atau melakukan pembelian dalam talian, segala maklumat peribadi
   akan diisi secara automatik ke dalam borang pembayaran dengan hanya satu klik. Kemudian hanya perlu
   mengesahkan pembelian dan memasukkan nombor pin keselamatan. Ianya sungguh mudah dan
   menyenangkan pengguna.
• e-wallet tidak hanya digunakan untuk membuat pembayaran, sebaliknya ia juga boleh menerima 
   kemasukan wang. kedua-dua belah pihak mestilah mempunyai dan mendaftar pada sistem perbankan
   yang sama. Sebagai contoh, pemindahan duit digital boleh dilakukan oleh pihak A kepada 
   pihak B melalui e-wallet tanpa perlu bersusah payah memasukkan duit di dalam bank.
• e-wallet secara teorinya sama seperti dompet duit yang kita gunakan setiap hari. Di dalamnya terkandung
   data-data sensitif peribadi termasuklah juga akaun bank, kad-kad kredit serta kata kunci bagi e-wallet.
• e-wallet merupakan penyelesaian kepada permasalahan pembayaran secara elektronik yang mana ianya
   boleh diakses melalui pelbagai cabangan antaranya ialah Internet dan telefon bimbit.



Contoh-contoh aplikasi elemen tersebut






Kebaikan e-wallet

  • memberikan kemudahan kepada pengguna dari segi pemindahan wang dalam jumlah yang kecil.
  • Pengguna perkhidmatan ewallet boleh melakukan pembayaran di mana-mana sahaja mereka berada tanpa perlu beratur dan menunggu giliran.
  • Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut
  • Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk melakukan pembelian, Cuma pastikan akaun mempunyai baki yang mencukupi untuk satu-satu belian.
  • Sambungan terus akaun e-wallet ke telefon bimbit anda kini dapat dilakukan agar segala pembayaran boleh dilakukan hanya melalui telefon bimbit.
Kelemahan e-wallet
  • pihak penyedia perkhidmatan e-wallet selalunya menaik taraf sekuriti dan keselamatan laman e-wallet mereka.
  • menimbulkan kebimbangan serta keraguan di kalangan pengguna ewallet yang menjalankan aktiviti pembayaran secara online

Rujukan

http://www.aspirasidigital.net.my/
 
;